Monday, March 30, 2009

PENERBANGAN AN-NADI

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Bismillahirahmaniraheem
Alhamdulillah wa syukurillah team kbmkl dapat meneruskan lagi penerbangan dan kali ini bertempat di An Nadi Bistro anjuran An-Nadi Centre yang berlangsung selama 1 hari setengah pada 28/03/09 dan 29/03/09.Seramai 40++ peserta yang hadir dari berlainan sekolah telah menaiki pesawat krj.Team kbmkl telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan kbm kali ini.

Airport:An Nadi Bistro
No pesawat:KRJ 280309
Tarikh:28 - 29 Mac 2009
Pilot:Kak Lang,ML,Kak Mia
Pramugara:Abg Aiman,Abg Yasser,Abg Chef Wan,Abg Benjo,Abg Luqman a.k.a Abg Chik
Pramugari:Kak Baz,Kak Isma,Kak Ika

PENGENDALI SLOT
KMKY:Anjang Kila & Pak Kay
INTEAM:Ummi Ida
MAM 1:
Ummi Ida
MAM 2:
Alang Atie,Abg Chef Wan,Pak Andak
KINI & HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Pak Long
PERTEMUAN:Kak Nina

Buat julung-julung kalinya kbm disertai oleh adik-adik yang berumur dalam lingkungan 7 tahun ke atas (plg muda 7 thn,plg tua 17 thn).Dan pastinya ini sesuatu yang agak mencabar dan menguji kesabaran setiap fasilitator dan pengendali.Tetapi Alhamdulillah ternyata adik-adik kasih dan sayang dapat memberi kerjasama.

Pada pagi sabtu slot knowing me knowing you telah dimeriahkan oleh anjang kila dengan gandingan pak kay.Kepetahan adik-adik kasih dan sayang bercakap telah memantapkan lagi slot pada pagi itu.Adik kasih dan sayang masing-masing telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menghasilkan army yell.

Seusainya menjamu selera dan solat zohor secara berjemaah,slot diteruskan dengan slot inteam yang dikendalikan dengan jayanya oleh ummi ida.Walaupun adik-adik kasih dan sayang yang umurnya begitu muda,tetapi mereka sangat memahami apa yang dikendalikan sehingga adik-adik ini mengalirkan airmata.Selepas berakhir slot inteam,dan seusainya solat asar secara berjemaah adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi dan adik-adik sayang bersama abg-abg fasi bagi sesi riadah.

Malam itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan Kak Nina.Sejarah kbm pada malam ini adalah kamiterpaksa bertemankan lilin dan berpanas ketika berDEMI MATAHARI kerana EARTH HOUR.Kami juga telah menunaikan solat isya berjemaah yan berimamkan Pak andak diluar dewan.

Adik-adik telah dibawa mengembara jauh oleh ummi ida untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah saw dan ibu bapa.MAM 2 diteruskan setelah MAM 1 selesai.Ternyata semangat yang ada pada adik-adik kasih dan sayang ini amat tinggi walaupun dalam usia semuda 9 tahun.Mereka tetap mengikuti slot MAM 2.Slot MAM 2 telah dikendalikan oleh Alang Atie dengan gandingan Abg chef Wan dengan mantap sekali serta melibatkan para pengendali dan fasilitator.Segala masalah dapat diatasi dengan bantuan dari Allah s.w.t,Alhamdulillah.MAM 2 berakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Pada keesokan harinya,adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh kak Nina dan pada masa yang sama Pak Long telah mengendalikan Menyemai kasih Menuai sayang.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan kbm kali ini.Tepat jam 11.30 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa bertemu dengan ibu bapa mereka.Slot pertemuan telah dikendalikan oleh kak Nina.

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA

fasi di AN-NAdi...


















text n pic from kak ika yg baikhati..

2 comments:

  1. salam,
    uit..da copy dekchik punye
    bodek habis nmpk..
    baikhati?hahaha

    ReplyDelete
  2. cantekkk punya bodek...ahahahahaha

    ReplyDelete