Monday, March 9, 2009

PENERBANGAN SBPI SABAK BERNAM

Bismillahirahmaniraheem

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t sekali lagi pesawat krj telah terbang ke sabak bernam untuk kedua kalinya dan kali ini bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Sungai Lang pada 7.3.2009 dan 8.3.2009



Team kbmkl telah bertungkus-lumus untuk menjayakan kbm kali ini.Kami juga turut memdapat bantuan dari alumni kbmkl.



Pilot:Kak Mia

Airport:Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Tarikh:7-8 mac 2009

Pengendali:Kak Nina,Pak Ngah,Pak Andak,Pak Kay dan Ummi Ida

Pramugari:Kak Baz,Kak Ezah,Kak Ika,Kak Nur,Kak Ada,Kak Nus,Kak Dila,Kak Kina,Kak Zila,Kak Shima(akan diedit lagi)

Pramugara:Abg Eming,Abg Luqman,Abg Aiman,Abg Arul,Abg Bob,Abg Epi,Abg Dany,Abg Joe,AbgMior,Abg Qet dan Abg Epi(akan diedit lagi)

Penumpang:215 orang


SLOT
KMKY:Kak Nina dan Pak Ngah

INTEAM:Pak Ngah

MAM1:Pak Andak

MAM2:Kak Nina dan Pak Ngah

HIJRAH:Kak Nina

MKMS:Ummi Ida

PERTEMUAN:Ummi Ida



Seramai 105 orang adik kasih dan 110 adik sayang dari tingkatan 3 dan 4 telah menaiki pesawat krj kali ini. Slot Knowing Me Knowing You pada pagi Sabtu telah dimeriahkan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina dengan jayanya. Oleh kerana peserta kbm kali ini ramai,army yell telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dari adik kasih dan 11 kumpulan dari adik sayang. Adik-adik kasih dan sayang telah bersama Pak Ngah dalam slot inteam pada sebelah petang.Pada sesi riadah,adik kasih telah bersama dengan akak-akak fasi dan adik sayang bersama abg-abg fasi.










Pengembaraan adik kasih dan sayang pada sebelah malam telah dibawa oleh Pak Andak untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah,Ibu dan Ayah melalui slot Meniti Angin Malam 1. Kemudian,slot Meniti Angin Malam 2 pula diteruskan dengan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina juga melibatkan semua pengendali dan fasilitator. Program diteruskan pada keseokan harinya 8 Mac 2009.Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa yang hadir telah dikendalikan oleh Ummi Ida.Sewaktu slot hijrah ternyata adik-adik SBPI sabak bernam berani tampil kehadapan untuk sharing.Tepat jam 11.30 pagi slot pertemuan dijayakan juga oleh Ummi Ida.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan program ini.






Dan pastinya setiap kali kbm diadakan team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seakidah kita yang berada di bumi palestine.Sebanyak RM800 lebih telah berjaya dikutip daripada dermaan ibubapa yang hadir.Alhamdulillah semua penumpang telah mendarat dengan selamatnya pada pukul 1.30 tengahari dengan salaman antara barisan fasilitator,ibubapa dan adik kasih & sayang dengan diiringi lagu "Doa perpisahan".Disini jua kami suka merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kbm kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Harapan kami team kbmkl agar adik-adik kasih dan sayang SBPI Sabak Bernam Sungai Lang akan terus ........

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA
text n pic from kak ika..tq kak ika..





Tragis



lubang ni la salah satu fasi tlh terjth ke dlm nya..ana yg mnyaksikan akhawat yg jth tu sgt2 terkjut..ana bernasib baik sbb bkn ana yg terjth..kalo ana yg jth xtahu la camner nk kuar..ana yg tgk pown menggigil..
so lain kali berhati-hati..

No comments:

Post a Comment